Segera Bersama Harimau Malaya? Ini Respon Bergson
MakanBola
JST/Malaysia NT

Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva memberikan bayangan awal mengenai masa depannya bersama Harimau Malaya.

Peledak berusia 35 tahun itu memasuki tahun kelimanya di Malaysia sejak bersama skuad Harimau Selatan pada tahun 2021 selain mengecapi pelbagai trofi kejuaraan dalam koleksi.

Tonggak kelahiran Brazil itu dikaitkan dengan peluangnya untuk bersama Harimau Malaya sekali gus menambah bisa pada jentera serangan skuad kendalian Tan Cheng Hoe.

Beliau sebelum ini telah memberikan bayangan bahawa proses untuk mendaftarkannya sebagai pemain tempatan bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi.

“Ya,ya, ya, akan terjadi,” katanya ketika ditemui media pada majlis Liga M Awards 25-26. 

Bergson dalam satu kenyataan ringkas ketika ditemui oleh pempengaruh Malaysia, Bidin Al-Zaifa memberikan respon ketika ditanya mengenai peluang bersama Malaysia dalam masa terdekat.

“InsyaAllah,” ujarnya ringkas pada majlis pelancaran jersi baharu JDT bagi musim 26-27.  

Bergson baru sahaja mempamerkan ketajamannya di hadapan gawang selepas berjaya merobek juara dunia, Chelsea FC pada aksi persahabatan antarabangsa kelab di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri yang menyaksikan perlawanan berakhir dengan keputusan 3-3.