‘Sejak Di KL, Masa Dengan Anak Tak Banyak’ Tangisan Kamal Azizi Besar Maknanya
MakanBola
KL City FC

Pemain pertahanan Kuala Lumpur City FC (KL City FC), Kamal Azizi Mohamad Zabri mengakui merasa rindu dengan putera tunggalnya, Hadeef Islam.

Perkara ini dizahirkan beliau kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari selepas aksi Liga Super antara KL City dan Melaka FC baru-baru ini.

Selepas memilih menyarung jersi KL City pada 2021, pemain berusia 32 tahun itu terpaksa berjauhan dengan keluarga atas faktor kerjaya.

Meskipun begitu, kerinduan Kamal Azizi terhadap puteranya jelas kelihatan. Malah, gol yang dijaringkan beliau ketika menentang Melaka turut didedikasikan kepada puteranya yang tercinta.

“Sepanjang saya bersama KL City masa saya dengan anak tak banyak. Kadang-kadang saya balik, dia dah besar. Jadi, saya rindu anak saya,” katanya.

Kamal membantu KL City meraih kemenangan 2-1 ke atas Melaka. Satu lagi gol tuan rumah disumbangkan oleh Safawi Rasid.

Pemain Korea Selatan, Pak Kwang-il menyumbat gol saguhati buat Melaka.