‘Sekecil Kuman’ Pun Dibaiki, Stadium Sultan Ibrahim Jalani Rutin Penambahbaikan
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Dalam satu hantaran di laman rasmi media sosial Facebook Johor Darul Ta’zim (JDT), kelab gergasi dari Malaysia itu telah memaklumkan bahawa Stadium Sultan Ibrahim (SSI) bakal mempertunjukkan wajah baharu pada musim 2023 bermula Februari depan. 

Menurut JDT, stadium ikonik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim, Stadium Sultan Ibrahim sedang menjalani beberapa kerja-kerja penambahbaikan dan menaik taraf.

Johor Darul Ta’zim turut memaklumkan kesemua infrastruktur ini antara kemudahan yang dinaik taraf dari semasa ke semasa untuk keselesaan dan mengikut teknologi yang terkini. 

Advertisements

“Antara kerja-kerja yang sedang dijalankan adalah termasuk penukaran karpet biru dan hijau yang mengelilingi padang bola sepak terbaik di Malaysia, mengecat tangga, laluan pejalan kaki dan dinding serta beberapa penambahbaikan lain di stadium ikonik ini.”

“Kesemua fasiliti JDT menjalani penyelenggaraan rutin, penambahbaikan dan naik taraf dari semasa ke semasa bagi memastikan ianya bukan sahaja sentiasa berada dalam keadaan baik tetapi juga mengikuti perkembangan terkini terutama dari sudut teknologi dan menepati kehendak permainan moden. Luaskan Kuasamu Johor.”

Advertisements

Untuk musim 2022, JDT cemerlang mencatat 11 trofi pada tahun 2022 secara keseluruhan antaranya dinobatkan sebagai juara Liga Super buat kali kesembilan berturut-turut termasuk menjadi juara Piala Malaysia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram