Selamat Datang Ke KL City, Manuel Hidalgo
MakanBola
KL City FC

Kelab KL City mengumumkan ketibaan pemain sayap lincah, Manuel Hidalgo.

Menerusi sebuah hantaran, KL City memperkenalkan Manuel Hidalgo sebagai pemain baharu pasukan yang dijuluki skuad Warga Kota itu untuk menghadapi saingan Liga Super musim hadapan.

”Selamat datang ke ibu kota, Manuel Hidalgo,” umum KL City.

Kehadiran Hidalgo pastinya menjadi sandaran utama jurulatih baharu KL City, Risto Vidakovic bagi merencana pelan terbaik khususnya di bahagian serangan bersama pemain sedia ada.

Untuk rekod, Hidalgo beraksi cemerlang musim lalu bersama Sri Pahang apabila merekodkan 7 jaringan dan 4 bantuan gol dalam 24 penampilan dan membantu Tok Gajah muncul naib juara Piala Malaysia.

Hidalgo yang juga calon pemain naturalisasi Harimau Malaya diumumkan selaku pemain kedua baharu pasukan KL City ini selepas ketibaan seorang lagi pemain dari Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid.