Selamat Kembali Mykhailo Mudryk
MakanBola
Chelsea FC

Bintang Chelsea dari Ukraine, Mykhailo Mudryk dapat beraksi semula di atas padang selepas digantung selama 18 bulan akibat isu doping.

BBC Sport melaporkan pemain sayap berusia 25 tahun itu dibenarkan beraksi selepas menyelesaikan prosiding disiplin dengan Persatuan Bola Sepak (FA) dan Agensi Anti-Doping Dunia (WADA).

Persetujuan itu menyaksikan Mudryk mengakui beliau melakukan kesalahan yang melanggar peraturan anti-doping dan telah menjalani hukuman penggantungan mengikut tempoh ditetapkan.

Sebelum ini, Mudryk dikenakan penggantungan selama empat tahun oleh FA pada selepas didapati positif untuk bahan terlarang meldonium. Susulan itu, bintang Ukraine itu membawa rayuan kes berkenaan kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Sebaik keputusan itu diumumkan, Mudryk mengakui bersyukur kerana dapat bermain semula selepas mengharungi satu tempoh sukar dalam hidupnya.

Chelsea pula dalam satu kenyataan memaklumkan mereka mengalu-alukan keputusan itu dan bersedia menerima kepulangan bekas pemain Shakhtar Donestk itu ke skuad utama.

FA dalam satu kenyataan memaklumkan ujian doping asal beliau mengandungi meldonium dalam jumlah kepekatan yang sedikit.

Seiring dengan perubahan dokumen teknikal WADA, jika meldonium diuji mengikut protokol terkini, tahap kepekatan yang sedikit tidak akan melepasi tahap untuk dilaporkan.

Meskipun begitu, FA memaklumkan perubahan itu tidak terpakai kepada kes lalu dan hanya boleh diaplikasikan pada kes terbaru saja. FA memaklumkan hasil persetujuan dengan WADA, prosiding disiplin terhadap Mudryk dianggap selesai.

Mudryk dilaporkan akan menyertai rombongan The Blues yang kini melakukan jelajah pramusim di Asia dan Australia. Beliau dijangka berada di Hong Kong untuk perlawanan Chelsea menentang Juventus.

Pengumuman ini juga menyaksikan Mudryk berpotensi beraksi menentang juara Liga Super 12 kali, Johor Darul Ta’zim (JDT). Chelsea dijadual bertemu Harimau Selatan pada 9 Ogos ini.

Berita ini dilihat berita baik buat pengendali Chelsea, Xabi Alonso. Legenda Liverpool itu kini berusaha mendapatkan dua pemain veteran iaitu Jordan Henderson dan Danny Welbeck untuk menambah pengalaman dalam skuad The Blues.