Selamat Kembali Yann Mabella
MakanBola
Terengganu FC

Penyerang Terengganu FC, Yann Mabella kembali menyertai sesi latihan pasukan itu.

Ini selepas pengurusan Peteh memuat naik siri foto sesi latihan pertama mereka pada bulan Ramadan baru-baru ini.

Sebelum ini, Mabella terpaksa berehat panjang kerana mengalami kecederaan serius. Beliau turut pulang ke Perancis pada akhir tahun 2025 bagi membantu proses pemulihan kecederaan berkenaan.

Kehadiran semula Mabella dilihat memberi suntikan semangat kepada Terengganu terutama di jentera serangan.

Ini kerana ini memberi pilihan tambahan kepada pengendali interim Peteh, Tengku Hazman Raja Hassan untuk mengisi slot peledak utama pasukan itu.

Mabella sudah merekodkan lapan gol dan dua bantuan gol dalam 10 penampilan Liga Malaysia (Liga M) setakat ini.

Selain beliau, Tengku Hazman turut mempunyai Junior Sam, Gervane Kastaneer, Haqimi Azim Rosli dan Syahmi Zamri sebagai pilihan di bahagian serangan.