Selamat Maju Jaya Daniel Ting
MakanBola
Sabah FC

Daniel Ting sah meninggalkan pasukan Sabah sekaligus menghangatkan khabar angin ke Thailand.

Pemergian Daniel Ting ini diumumkan oleh pihak pengurusan Sabah menerusi sebuah hantaran di laman media sosial pada Jumaat dengan kiriman ucspan terima kasih atas sumbangan beliau.

”Terima kasih Daniel Ting atas segalanya, dedikasi tanpa henti sejak 2023. Dari pentas AFC Cup hingga ke hari ini, jasa anda bersama Skuad Badak amat bermakna,” umum Sabah FC.

”Terima kasih dan Selamat maju jaya Ting!”

Destinasi Daniel Ting seterusnya dijangka bakal ke Thailand dengan Ratchaburi berkemungkinan menjadi pilihan utama setelah laporan media di sana tular beberapa hari yang lalu.

Untuk rekod, Daniel Ting berjaya mencetak 10 jaringan dan membuat 10 bantuan gol dalam 73 penampilan buat Sabah selepas kali pertama menyarung jersi kelab Borneo itu pada tahun 2023