“Selamat Tinggal Lagenda, Kami Akan Merinduimu” – Azraai Khor
Liga Super
Advertisements

Desas-desus pemergian Baddrol Bakhtiar dari pasukan Kedah Darul Aman ke Sabah FC semakin mengukuh selepas Bekas Ketua Jurulatih Kedah, Azraai Khor mengucapkan salam perpisahan kepada Baddrol Bakhtiar.

Mohd Azraai Khor Abdullah tidak mampu memberikan sebarang kata-kata dengan berita pemergian pemain lagenda Kedah, Baddrol Bakhtiar.

“Selamat tinggal lagendaku, Saya tak mampu bercakap apa-apa”

Advertisements

“Semoga Allah menjagamu sepanjang perjalanan ini”

“Kami akan merinduimu.” Azraai Khor menamatkan penulisannya di Facebook.

Azraai Khor sebelum ini pernah membawa Kedah menjuarai “Double Treble” pada musim 2006/07 dan 2007/08 dan Baddrol Bakhtiar merupakan salah seorang pemain muda penting skuad treble Kedah.

Advertisements

Selepas 16 tahun beraksi bersama Kedah, Baddrol Bakhtiar dikhabarkan bakal meninggalkan pasukan itu dan dilaporkan bakal beraksi bersama pasukan Sabah FC untuk musim 2022.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram