Selangor Akhiri Saingan Liga Wanita Nasional Di Tangga Tercorot
UltraSukan
Selangor FC
Advertisements

Kempen Selangor FC dalam saingan sulung Liga Wanita Nasional (LWN) 2023 berakhir dengan kekecewaan apabila menamatkan kempen di tangga tecorot.

Dalam lapan perlawanan, skuad Merah Kuning hanya merekodkan satu kemenangan, dua seri dan lima kekalahan.

Keadaan ini tidak dibantu dari segi statistik gol dan bilangan gol yang membolosi gawang mereka.

Advertisements

Anak-anak buah Rosni Abd Hamid hanya menjaringkan tiga gol dan dibolosi 15 kali dalam lapan perlawanan.

Dian Aqilah Mohammed Imran merupakan penjaring terbanyak Merah Kuning dengan dua gol.

Advertisements

Ini satu jurang yang besar jika dibandingkan dengan juara LWN 2023, Sabah yang menyumbat 12 gol.

Selain itu, mereka juga memiliki rekod pertahanan yang cemerlang di mana skuad Badak hanya dibolosi empat kali.

Advertisements

Hakikat ini diakui Rosni di mana penambahbaikan perlu dibuat bagi memantapkan cabaran Selangor pada musim hadapan.

Pada masa sama, beliau juga bangga dengan keupayaan anak-anak buahnya kerana berusaha memberi saingan kepada pasukan-pasukan lain.

Advertisements

“Saya amat berterima kasih kepada para pemain kerana tetap berikan saingan yang baik dalam Liga Wanita Nasional musim ini biarpun kekurangan dalam beberapa faktor.

“Saya berharap pengalaman yang mereka peroleh sepanjang kejohanan ini dapat dibawa ke musim hadapan,” katanya di laman sesawang rasmi Selangor.

Kejayaan Sabah menggondol gelaran juara LWN 2023 mampu beri inspirasi kepada Selangor untuk bangkit semula pada musim hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram