Selangor Bakal Uji Kekuatan Kelab Luar Negara
Dunia
Azri/MakanBola
Advertisements

Selepas berjaya mara ke final Piala Malaysia musim lepas, Selangor FC tidak mahu berhenti di situ saja. Bagi memastikan pasukan lebih mantap menjelang saingan Liga Super musim depan, pengurusan Selangor FC bakal mengadakan pra-musim di luar negara pada awal Januari ini.

Ini didedahkan oleh jurulatih Gergasi Merah, Tan Cheng Hoe dengan tiga negara berkemungkinan dipilih sebagai destinasi pra-musim. Tiga negara tersebut ialah Thailand, Kemboja atau Vietnam.

Bekas jurulatih pasukan kebangsaan itu melihat sesi pra-musim di luar negara penting terutama perlawanan persahabatan dengan kelab tempatan. Ini bagi membolehkan beliau dan staf kejurulatihan mengenalpasti kelemahan pasukan supaya Merah Kuning tampil lebih mantap sebaik liga bermula.

Advertisements

“Sekarang ini kita belum lagi mengadakan sesi latihan kerana kebanyakan pemain utama mempunyai tugasan bersama skuad kebangsaan sekali gus mungkin akan memanggil mereka pada awal Januari ini.

“Mengikut perancangan sememangnya mahu mengadakan sesi latihan pra-musim di luar negara namun setakat ini belum ada kata putus kerana masih lagi dalam perbincangan dengan pihak pengurusan.

Advertisements

“Kita memilih tiga negara itu (Thailand, Kemboja atau Vietnam) kerana dalam perancangan untuk mengadakan perlawanan persahabatan bersama kelab tempatan supaya dapat memperbaiki lagi kelemahan pasukan,” katanya semasa dihubungi Arena Metro.

Musim 2022 menyaksikan Selangor menamatkan kempen Liga Super di tempat kelima dengan kutipan 30 mata. Ini mengulangi pencapaian yang diraih mereka pada musim 2021. Merah Kuning juga berjaya mara ke final Piala Malaysia musim lepas tetapi tewas 2-1 kepada juara JDT.

Advertisements

Sementara itu, Cheng Hoe melihat kehadiran trio pemain Harimau Malaya iaitu Faisal Halim, Khuzaimi Piee dan V. Ruventhiran bakal memantapkan kesebelasan utama Selangor FC. “Kehadiran tiga pemain ini dapat mengisi kelompongan yang ada dalam pasukan selain mampu memperkuatkan lagi jentera serangan dan barisan pertahanan,” tambahnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram