Selangor Bawa Momentum Positif Bertemu JDT
MakanBola
Selangor FC

Bekas pemain pertahanan kebangsaan, Razman Roslan percaya Selangor memiliki momentum apabila bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT).

Keyakinan pasukan yang diberi jolokan The Red Giants itu timbul kerana prestasi baik pasukan itu dalam liga.

Sejak Christophe Gamel memimpin pasukan sebagai jurulatih interim, Selangor masih belum tewas dalam liga sejak 21 September lalu.

The Red Giants turut merekodkan enam kemenangan daripada tujuh aksi terakhir mereka. Ini termasuk kemenangan selesa 3-0 ke atas Melaka FC baru-baru ini.

“Saya rasa Selangor berada di momentum motivasi yang sangat baik. Mereka daripada (kedudukan) bawah sudah mengatasi segala masalah.

“Penyerang mereka juga berada di dalam keadaan yang positif dengan jaringan-jaringan yang terhasil.

“Dan, kedatangan Mamadou Diarra di bahagian pertahanan sedikit sebanyak memperkuatkan pertahanan,” katanya semasa menjadi panel XI Sebelas Utama.

Selangor berharap dapat menjadikan aksi ini medan menebus kekecewaan di tangan JDT. Ini kerana mereka tewas kepada lawan sama dalam aksi liga pada Ogos lalu.

Aksi sama turut menyaksikan The Red Giants terlepas peluang meraih gelaran juara Piala Sumbangsih.

Claim Money Packet TnG