Advertising
Selangor Cabar Status Kelab Besar Arab Saudi
MakanBola
SFC/Al-Fateh FC

Kelab gergasi Liga Super Malaysia, Selangor FC selangkah untuk memintas kedudukan kelab terkemuka Arab Saudi iaitu Al-Fateh.

Skuad kendalian Katsuhito Kinoshi terus memperagakan aksi cemerlang apabila melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas Penang FC bagi saingan MFL Challenge Cup.

Ad

Gergasi Merah Kuning terus melebarkan rekod cemerlang apabila mengekalkan kemenangan dalam 7 aksi terakhir dalam semua kejohanan yang diharungi.

Ad

Prestasi memberangsangkan ini membolehkan Selangor terus menapak selaku salah sebuah kelab terbaik di Asia berdasarkan kemas kini laman analisis bola sepak terkemuka dunia iaitu Opta Analyst.

Opta Analyst menunjukkan The Red Giants menghuni tangga ke-105 Asia dengan 70.9 mata (ke-1104 dunia) dan menjadi kelab kedua terbaik di Malaysia.

Ad

Kedudukan ini menyaksikan Selangor berada dalam kelompok kelab terbaik di Asia Tenggara selepas JDT (9), Buriram United (40) dan juga Bangkok United (72).

Ad

Selangor bagaimanapun berada pada tangga lebih baik berbanding beberapa kelab terkemuka seperti Western United (111), Suwon Bluewings (123) dan juga Muangthong United (132) namun memintas kedudukan Al-Fateh (106) yang beraksi di Saudi Pro League.

Ad

Kelab Lembah Klang itu tinggal hanya satu peluang untuk merangkul trofi iaitu aksi MFL Challenge Cup musim ini.

Lagenda Selangor, Zainal Abidin berharap agar penantian kelab Lembah Klang itu untuk mendapatkan trofi bakal berakhir.

“Kita tahu bahawa mereka (Selangor) merupakan pasukan gergasi namun masih tidak merangkul sebarang piala. Walaupun ia hanyalah Piala Cabaran tetapi ia tetap piala,” katanya kepada Astro Arena.