Advertising
Katsuhito Kinoshi Tak Gusar Penyudah Tumpul Selangor
MakanBola
Selangor FC
Sponsors

Jurulatih Selangor FC, Katsuhito Kinoshi tidak gusar dengan penyudah tumpul pasukan itu dalam aksi separuh akhir pertama MFL Challenge Cup.

Aksi separuh akhir pertama kejohanan itu menyaksikan Merah Kuning meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Penang FC di Stadium Bandaraya.

Ad

Gol sendiri ketua pasukan Harimau Kumbang, Rafael Vitor memastikan Selangor memiliki bekalan satu gol untuk aksi timbal balik di Stadium MBPJ.

Ad

Meskipun begitu, ketumpulan jentera serangan Merah Kuning dilihat menyukarkan pasukan itu menambah kelebihan agregat mereka.

Ini kerana Kinoshi memilih merehatkan Alvin Fortes dan Faisal Halim. Beliau turut memilih Alif Izwan Yuslan dan Mukhairi Ajmal untuk bergandingan dengan Ronnie Fernandes.

Ad

Kelibat Faisal hanya kelihatan apabila beliau masuk sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua perlawanan.

Ad

Apabila hal ini diajukan kepada Kinoshi, beliau memaklumkan ini berlaku disebabkan beliau menggunakan figura berbeza di bahagian serangan untuk aksi kali ini.

Ad

Justeru, akan ada perubahan yang bakal dilakukan beliau memandangkan kedua-dua pasukan bakal bertemu lagi dalam Liga Super dan aksi timbal balik MFL Challenge Cup.

“Pada mereka, ini akan menjadi sukar. Ini bermakna satu lagi perlawanan bakal menjadi fokus dalam latihan.

“Latihan minggu hadapan bakal menjadi sukar. Kita mesti bersedia menentang Penang lagi di sini (Stadium Bandaraya) dengan pasukan berbeza dan itu sasaran kita,” katanya selepas perlawanan.

Selangor bakal berdepan Penang buat kali kedua dalam Liga Super pada 25 Januari. Ini disusuli aksi timbal balik MFL Challenge Cup pada 2 Februari ini.