Selangor Cabar Tiga Pasukan Asia
Persahabatan
Selangor FC
Advertisements

Selangor FC terus meningkatkan persediaan pra-musim 2024/25 dengan berhadapan tiga pasukan dari Asia pada 26 dan 28 April ini.

Tiga pasukan tersebut ialah Balestier Khalsa (Singapura), Young Elephants (Laos) dan Duli Pengiran Muda Mahkota FC (DPMM FC) (Brunei Darussalam).

Ketiga-tiga pasukan ini bakal mencabar Selangor untuk kejohanan pra-musim Selangor Asia Challenge (SAC) yang kini memasuki edisi kedua. Pengumuman pertandingan ini dibuat Selangor di laman sesawang rasmi mereka semalam.

Advertisements

SAC dianjurkan buat kali pertama pada tahun 2020 dengan menampilkan empat pasukan iaitu Selangor, Bangkok United (Thailand), Hanoi FC (Vietnam) dan Persib Bandung (Indonesia).

SAC 2020 menyaksikan Bangkok United muncul juara selepas mengatasi cabaran Merah Kuning 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti.

Berbeza sedikit dengan format SAC 2020, SAC 2024 menyaksikan pasukan yang menang akan mendapat tiga mata. Setiap gol yang dijaringkan akan mendapat satu mata bagi setiap pasukan.

Advertisements

Pasukan yang menerajui kumpulan selepas tamat semua perlawanan akan diangkat sebagai juara. Sekiranya pasukan memiliki mata sama, maka juara akan dipilih berdasarkan perbezaan jaringan.

Sekiranya ada pasukan masih terikat dari segi perbezaan gol, maka aspek disiplin pasukan atau fair play akan digunakan untuk menentukan pemenang.

Semua perlawanan SAC 2024 bakal dilangsungkan di Stadium MBPJ, Kelana Jaya pada jam 5.00 petang dan 9.00 malam pada 26 dan 28 April 2024

Advertisements

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor, Dr Johan Hamidon menyifatkan kehadiran tiga pasukan ini bukan saja memantapkan lagi persiapan pra-musim kesemua pasukan termasuk Selangor.

Malah, ini akan memberi pendedahan kepada cabaran yang bakal dihadapi Merah Kuning bila bersaing dalam Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2).

“Selangor FC amat gembira kerana dapat menjadi tuan rumah edisi kedua kejohanan Selangor Asia Challenge. Pengurusan (pasukan) berusaha memberi lebih banyak pendedahan kepada pasukan agar mereka mendapat persiapan pra-musim yang baik musim ini.

Advertisements

“Kita telah menjemput pasukan dari negara-negara ASEAN iaitu Balestier Khalsa, Duli Pengiran Muda Mahkota FC (DPMM FC) dan Young Elephants FC, tiga pasukan yang memiliki pencapaian yang bagus musim lepas.

“Selain itu, ini juga peluang buat penyokong untuk menonton pasukan beraksi dalam perlawanan pra-musim berkualiti dan kompetitif,” katanya.

SAC 2024 menyaksikan Astro sekali lagi dipilih sebagai penyiar rasmi kejohanan. Kesemua perlawanan SAC 2024 bakal disiarkan di Astro Arena.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram