Naib juara Liga Super 2023, Selangor FC menjadi antara kelab paling bernilai di Asean susulan prestasi memberangsangkan sehingga melayakkan diri ke pentas Asia.
The Red Giants berjaya mengatasi cabaran Kedah Daril Aman dengan keputusan 1-0 untuk membawa nama Malaysia ke pentas Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) bagi musim 2024.
Pencapaian ini juga menyaksikan anak buah Tan Cheng Hoe bakal mengiringi perjalanan JDT yang juga mara ke ACLE tahun hadapan.
Skuad Harimau Selatan menjadi kelab paling bernilai di Asean selepas mencatatkan peningkatan sehingga RM54 Juta berbanding kemas kini pada bulan September iaitu RM50 Juta.
Kedudukan itu diikuti oleh dua kelab gergasi Liga Thailand, Buriram United dan juga BG Pathum United di tangga kedua dan ketiga.
Selangor bagaimanapun masih berada pada landasan terbaik bagi musim 2024 apabila menghuni tangga ke-7 di Asia Tenggara.
Nilai Selangor ketika ini adalah 5.60Juta Euro (RM28.5 Juta) dan mengatasi Persib Bandung (RM28 Juta), Hanoi FC (RM27.2 Juta) dan Hanoi Police (RM26.8 Juta).
Selangor bakal menjadi wakil Malaysia di pentas Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) sementara JDT beraksi di ACLE musim hadapan.