Selangor Perlu Tunggu Ruventhiran Lebih Lama
MakanBola
Selangor FC

Selangor terpaksa melupakan khidmat Ruventhiran buat sementara waktu ekoran kecederaan yang melanda pemain bek kiri pasukan itu.

Perkara tersebut dikongsikan oleh Nidzam Jamil, ketua jurulatih Selangor dalam program Nadi Bola di Astro Arena.

Ad
Advertisement

“Alhamdulillah, perkara baiknya ialah kita dapat kurangkan senarai kecederaan kita. Saya fikir hampir semua pemain cergas kecuali Ruventhiran yang cedera semasa bersama skuad kebangsaan itu hari. Selain daripada itu, saya fikir dari segi motivasi dan fokus, kita tidak sabar mengharungi perlawanan kita untuk tahun ini.

Ad

“Mengikut keterangan doktor, saya fikir lebih kurang empat minggu. Empat minggu lagi tapi dia sudah sertai pasukan kita. Tapi saya bagi dia lagi dua atau tiga minggu lagi untuk dia beri persembahan terbaik seperti sebelum ini.

Advertisement

“Saya fikir saya sendiri, para pemain dan barisan pengurusan, kita sedih tentang apa yang berlaku. Tapi saya fikir kita banyak belajar tentang situasi ini. Cuma kita gembira semua orang kembali fokus dan kembali berfikir untuk pasukan. Dan macam saya cakap tadi, kita tak sabar untuk bermain perlawanan dengan Kedah nanti.” ujar Nidzam Jamil.

Ruventhiran mengalami kecederaan semasa menyertai kem Harimau Malaya pada Mac lalu dan turut terlepas mewakili negara di kejohanan Piala Asia B-23 Qatar pada April lalu.

Ad
Advertisement

Selangor akan turun menentang Kedah Darul Aman pada 18 Mei ini di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ).

Ad