Selangor menyasarkan untuk mengakhiri saingan Liga Super pada kedudukan yang lebih baik pada musim ini.
Menerusi satu kenyataan oleh ketua jurulatih pasukan, Tan Cheng Hoe, beliau berharap agar format baharu yang cuba diperkenalkan oleh MFL ini diterima umum.
Katanya, undian ini juga bakal memberikan motivasi buat para pemain untuk mengakhiri saingan musim ini pada kedudukan yang lebih baik.
“Memandangkan hanya tinggal dua atau tiga perlawanan, saya tidak fikir pasukan akan bermain sambil lewa dan sudah pasti mahu menyasarkan kedudukan liga yang lebih baik.”
“Bagi jurulatih dan pemain, kita perlu cepat sesuaikan diri dengan sistem undian sebegini selain perlu bersikap profesional serta bermotivasi bagi membantu pasukan,” katanya oleh Arena Metro.
Selangor juga berada dalam keadaan terbaik sejak diambil alih oleh Cheng Hoe yang menyaksikan mereka menumbangkan Melaka United sebelum sekali lagi menang ke atas musuh setempat, PJ City dengan keputusan 1-0 hasil jaringan Danial Asri.
Mereka kini melonjak ke tangga ke-7 Liga Super dan berpeluang untuk mengakhiri saingan di tempat kelima maksimum.