Selangor vs Penang: Selangor Selesa Atasi Cabaran Penang
Liga Super
Selangor FC
Advertisements

Selangor FC bangkit daripada kekalahan di tangan Sri Pahang FC minggu lepas dengan mengalahkan Penang 3-0 di Stadium MBPJ hari ini.

Dengan Sri Pahang FC tunduk 4-0 kepada Sabah FC dalam satu lagi aksi Liga Super, ini peluang buat anak-anak buah Tan Cheng Hoe melebarkan kelebihan mata ke atas Tok Gajah.

Tuan rumah bagaimanapun perlu menunggu sehingga minit ke-29 untuk membuka jaringan menerusi pemain tengah Jordan, Noor Al-Rawabdeh.

Advertisements

Tersentak, Penang FC cuba bangkit. Peluang terbaik mereka hadir pada minit ke-44 menerusi sepakan percuma Adriano Narcizo tetapi percubaannya terkena palang.

Bersambung pada babak kedua, Red Giants melebarkan lagi kelebihan mereka menerusi pemain gantian, Ricmond Boakye pada minit ke-59.

Advertisements

Itu merupakan gol pertama bekas penyerang Juventus itu selepas menyertai Selangor FC dalam tetingkap perpindahan kedua.

Pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim memastikan kemenangan buat Merah Kuning menerusi gol ketiga pada minit ke-78.

Advertisements

Kemenangan ini membolehkan Selangor FC memperkukuh kedudukan kedua dalam liga dengan 37 mata. Sementara Penang FC pula kekal di tangga ke-10 dengan 19 mata.

Selepas ini, Red Giants akan melayan kunjungan Sabah FC pada 23 Julai ini. Manakala Harimau Kumbang pula bakal menentang skuad Badak di Stadium Bandaraya pada 30 Julai.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram