Selangor vs Sabah: Selangor ‘Rampas’ 3 Mata Atasi Sabah
Liga Super
Selangor FC
Advertisements

Perlawanan Liga Super minggu ke-18 menyaksikan dua pasukan iaitu Selangor dan Sabah bertemu.

Kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik untuk meraih 3 mata dan bermula dengan cukup garang pada babak pertama.

Aksi sengit ini dimulau dengan percubaan oleh Orozco pada minit ke-9 namun melewati palang gol The Rhinos.

Advertisements

Usaha gigih anak buah Tan Cheng Hoe berterusan dengan asakan bertali-arus namun tiada percubaan tepat berjaya dihasilkan.

Gol yang dinantikan akhirnya tiba apabila Ayron Del Valle meletakkan The Red Giants di hadapan.

Advertisements

Sabah tidak memiliki banyak peluang untuk mencuba tatkala kekebalan benteng pertahanan Selangor menyukarkan misi lawan.

Babak pertama tamat dengan kelebihan menjadi milik Selangor.

Advertisements

Bersambung babak kedua, Sabah mula mendapat kembali keyakinan untuk mengasak kubu Selangor dan akhirnya percubaan tepat berjaya dilepaskan oleh Stuart Wilkin namun diselamatkan oleh penjaga gol tuan rumah, Sam Somerville.

Selangor memiliki peluang untuk menambah jaringan namun ketangkasan penjaga gol Sabah, Damien Lim menafikan peluang tersebut.

Advertisements

Keputusan perlawanan kekal sekaligus menyaksikan Selangor mengukuhkan kedudukan di tempat kedua dengan 40 mata sementara Sabah masih di tangga ke-5 dengan 33 mata.

Selangor akan bertemu JDT bagi aksi berikutnya manakala Sabah akan berkunjung ke Stadium Bandaraya bagi bertemu Penang.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram