Selepas Indonesia, Patrick Kluivert Berkelana Ke Surinam
MakanBola
Timnas Indonesia

Bekas jurulatih Indonesia, Patrick Kluivert memilih berkelana ke Surinam sebagai penasibat skuad bola sepak negara itu.

Pelantikan jurulatih Belanda berusia 49 tahun itu diumumkan Persekutuan Bola Sepak Surinam (SVB) dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Kluivert disertai rakan senegara yang juga legenda AC Milan, Clarence Seedorf. Kedua-duanya memikul tugas sebagai penasihat kepada barisan kejurulatihan Surinam diketuai Brian Tevreden.

“Kami dengan bangganya mengalu-alukan Clarence Seedorf dan Patrick Kluivert sebagai penasihat barisan kejurulatihan Surinam, di mana mereka akan bertindak sebagai lembaga pengarah untuk Brian Tevreden.

“Pengalaman, pengetahuan dan perspektif global mereka akan menyokong pembangunan bola sepak yang berterusan di Surinam,” kata SVB dalam satu kenyataan.

Tevreden melihat kehadiran dua legenda Ajax Amsterdam itu dilihat mampu menaikkan lagi tahap Surinam terutama menjelang perlawanan playoff antara benua Piala Dunia 2026.

“Ia sesuatu yang berharga untuk berbincang tentang kerja yang anda lakukan dan bertukar pandangan tentang bagaimana sesetengah perkara telah dicapai.

“Kini, empat tahun kemudian, ia terasa seperti saat yang tepat untuk Clarence dan Patrick melangkah ke perjalanan yang indah ini untuk Surinam,” ujarnya.

Ini tugasan pertama Kluivert selepas meninggalkan Tim Garuda pada akhir 2025. Legenda Barcelona itu meninggalkan Indonesia selepas gagal membantu pasukan itu layak ke Piala Dunia 2026.

Susulan itu, Indonesia merekrut bekas jurulatih Kanada, John Herdman sebagai pengganti tetap Kluivert.

Claim Money Packet TnG