Advertisement
Selepas Kedah, Syukor Burger Teruja Dapat Kerjasama Dengan Perak
Liga Super
MakanBola
Syukor Majid

Selepas bekerjasama dengan Kedah bagi menghasilkan burger stadium yang enak, Syukor Burger membina pula kerjasama dengan Perak. Ia merupakan berita baik bagi penyokong Perak yang mahukan burger yang enak bila menonton perlawanan skuad Seladang.

Kerjasama ini diumumkan oleh pemilik Syukor Burger, Syukor Majid menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.

“Selain bersama Kelab Bola Sepak Kedah, kini Syukor Burger juga merupakan official partner Kelab Bola Sepak Perak. Jutaan terima kasih kepada pihak Perak FC, sangat memudahkan urusan pernikahan ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Menariknya, dua pasukan yang ditaja Syukor Burger itu bertembung untuk perlawanan pertama Liga Super. Kedah dan Perak bakal berlawan di Stadium Perak pada Sabtu ini.

Tidak kira siapa yang menang, penyokong kedua-dua pasukan mampu menonton perlawanan sambil menikmati pengalaman burger stadium yang lazat.