“Selepas Kesusahan Akan Datang Kesenangan” – Zamsaham
Liga Super
TRW Kelantan FC
Advertisements

Selepas dua kali diaibkan dalam dua perlawanan awal Liga Super, Kelantan berada di tangga tercorot liga. Tetapi bagi pemilik pasukan, Norizam Tukiman atau mesra dikenali sebagai Zamsaham, beliau percaya pasukan ini dapat bangkit semula dan membuktikan keupayaan mereka.

Dua perlawanan awal Liga Super menyaksikan The Red Warriors tunduk 2-1 kepada Kuching City dan dibelasah Sri Pahang 4-1. Walaupun kalah dua kali, Kelantan dilihat banyak menyerang dengan Miguel Angel Garrido ‘Cifu’ Cifuentes menjaringkan dua gol.

Justeru, Norizam berharap segala kelemahan yang dikesan dalam dua perlawanan awal ini dapat ditangani sebelum perlawanan ketiga menentang Penang yang berlangsung pada malam esok.

Advertisements

“Saya harap barisan kejurulatihan pasukan perbaiki kesilapan yang ada untuk buktikan sesuatu pada perlawanan ketiga di tempat sendiri pada esok hari.

“Selepas kesusahan akan datang kesenangan. Kena pertingkatkan usaha. Tawakkal terus, usaha terus,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Advertisements

Dengan The Red Warriors berhadapan Harimau Kumbang di Stadium Sultan Muhammad IV, pastinya sokongan padu penyokong setia dapat membantu mereka meraih kemenangan dalam percubaan yang ketiga.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram