Selepas Manchester United, Kini Giliran Bayern Munich Dibantai Tanpa Belas Ihsan
Eropah
getty images
Advertisements

Dunia bola sepak dikejutkan dengan beberapa kekalahan kelab-kelab besar yang tidak diduga sejak kebelakangan ini.

Selepas kekalahan besar 0-5 Manchester United kepada Liverpool dan juga kekalahan berturut-turut Barcelona kepada Real Madrid dan Real Vallecano, kini dunia sekali lagi dikejutkan dengan kekalahan besar 0-5 Bayern Munich kepada Borussia Mönchengladbach dalam saingan Piala DFB Pokal (Piala Jerman).

Kekalahan 0-5 ini merupakan kekalahan terbesar yang dicatatkan Bayern Munich dalam sejarah kelab bagi saingan Piala Jerman.

Advertisements

Walaupun Bayern menurunkan kesebelasan terbaik seperti Robert Lewandowski, Leon Goretzka dan Manuel Neuer, namun ianya tidak dapat menghalang Mönchengladbach dari terus berpesta gol.

Jaringan Mönchengladbach dihasilkan Kouadio Kone pada minit ke-2, Ramy Bensebaini menjaringkan dua gol pada minit ke-15 dan sepakan penalti minit ke-21. Penyerang antarabangsa Switzerland, Breel Embolo melengkapkan malam gemilang Mönchengladbach dengan dua jaringan pada minit ke-51 dan minit ke-57.

Ia adalah kali pertama Bayern melepaskan lima gol dalam pertandingan ini sejak kekalahan 5-2 kepada Borussia Dortmund pada perlawanan akhir 2012. Sebelum itu, terdapat kekalahan 5-1 kepada Cologne dalam perlawanan ulangan suku akhir 1972.

Advertisements

Pengendali Bayern Munich, Julien Nagelsman tidak berada di tempat duduk jurulatih kerana masih dalam proses penyembuhan akibat dari virus COVID-19 dan tugasnya diambil alih sementara oleh pembantunya Dino Toppmöller.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram