“Semangat Juang Tinggi Pendorong Kemenangan Sabah” – Ong Kim Swee
Liga Super
Sabah FC
Advertisements

Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee melihat semangat juang yang tinggi sebagai kunci kemenangan skuad Badak ke atas finalis Piala FA 2023, KL City FC semalam.

Bekas pengendali Harimau Malaya itu mengakui anak-anak buahnya agak keletihan selepas beraksi dalam tiga perlawanan dalam tempoh seminggu. Ini termasuk kekalahan 5-1 di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT) FC beberapa hari lepas.

Bagaimanapun, kesungguhan para pemain mahu meraih kemenangan di hadapan penyokong di Stadium Likas memastikan tiga mata diraih pada akhir perlawanan.

Advertisements

“Kita menunjukkan semangat juang yang tinggi. Kita tahu pasukan Kuala Lumpur bukan satu pasukan yang mudah untuk kita tewaskan.

“Namun, selepas kita ketinggalan, kita meneruskan asakan demi asakan dan pemain berusaha dengan begitu gigih. Dan (pada) akhirnya, kita mampu mendapat gol kemenangan, itu yang penting.

Advertisements

“Dari segi permainan, ada beberapa kekurangan. Namun, kita harus faham para pemain bermain sebanyak tiga perlawanan dalam masa seminggu ya.

“Jadi, ya, dah tentu mereka berasa keletihan. Dan seminggu sebelum kita bermain menentang Kuching, saya harap mereka berada dalam keadaan yang lebih baik,” katanya kepada media selepas tamat perlawanan semalam.

Advertisements

Gol kemenangan Sabah FC disumbang oleh bek tengah Brazil, Gabriel Peres pada minit akhir perlawanan selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2. Kemenangan semalam merupakan kemenangan ke-12 skuad Badak dalam Liga Super musim ini.

Dengan aksi kedua pusingan 16 pasukan terbaik Piala Malaysia menentang Kuching City FC pada 19 Ogos ini, ini memberi sedikit ruang buat anak-anak buah Kim Swee untuk memulihkan tenaga mereka.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram