Semangat Selangor Membara Beraksi Di Stadium ‘Baru’ MPBJ
Asia Tenggara
Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)
Advertisements

Jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil mengakui perubahan imej Stadium MBPJ bakal memberi motivasi buat anak buahnya menjelang perlawanan pertama Selangor Asia Challenge (SAC) 2024.

Selepas tamat musim 2023, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menggerakkan usaha penaiktarafan stadium agar memenuhi spesifikasi yang ditetapkan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Ini kerana Stadium MBPJ bakal menjadi stadium tempat sendiri Merah Kuning untuk saingan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) untuk musim 2024/25.

Advertisements

Antara penaiktarafan yang dapat dilihat di Stadium MBPJ ialah kerusi plastik di tempat duduk penonton, pemasangan bumbung di ruang kelompok penyokong fanatik Selangor, UltraSel dan penambahbaikan kawasan balapan.

Nidzam melihat perubahan-perubahan ini mampu mendorong pasukan Selangor untuk tampil cemerlang terutama bila turun menentang wakil Brunei, Duli Pengiran Muda Mahkota FC (DPMM FC).

“Saya fikir macam kita ubah suai rumah kita. Ia masih rumah yang sama, cuma kita tambah baik rumah kita sendiri.

Advertisements

“Saya fikir itu bagus untuk penyokong dan emosi para pemain sebab bila kita buat penambahbaikan pada stadium itu sendiri, itu akan tambah baik emosi (pemain dan penyokong).

“Itu akan tambah baik dari segi prestasi (pasukan). Ini bagus untuk keluarga yang datang sebab kita nak semua orang rasa bahawa (Stadium) MBPJ merupakan rumah kita.

“Dan jika kelab nak ubah suai dan tambah baik lagi stadium, saya fikir itu satu perkara yang bagus. Kerana perkara-perkara yang bagus itu merupakan petanda yang baik buat kita,” katanya dalam sidang media SAC 2024 yang berlangsung di Acappella Suite Hotel, Shah Alam.

Advertisements

SAC menampilkan Selangor, Balestier Khalsa (Singapura), Young Elephants (Laos) dan DPMM (Brunei Darussalam).

Merah Kuning bakal turun menentang DPMM esok pada jam 9.00 malam. Sementara Hala Tigers pula menentang Young Elephants pada jam 5.00 petang.

Kesemua perlawanan bakal berlangsung di Stadium MBPJ dan disiarkan secara langsung di Astro Arena.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram