“Semua Pemain BG Pathum Mahu Beraksi Di SSI” – Sarach Yooyen
Dunia
BGPU
Advertisements

Pemain BG Pathum United, Sarach Yooyen menzahirkan rasa teruja dapat beraksi sekali lagi di Stadium Sultan Ibrahim apabila pasukannya bakal berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL) pada esok.

Ketika sesi sidang media pra-perlawanan, Sarach akui aksi berdepan JDT bakal menjadi satu perlawanan yang sukar dalam usaha pasukannya menyasarkan satu mata sekurang-kurangnya untuk diraih.

“Aksi esok merupakan perlawanan terakhir kami di ACL musim ini. Selepas lima perlawanan, kita masih tidak dapat mengutip apa-apa mata. Saya mengharapkan aksi esok bakal menjadi perlawanan terbaik buat kami untuk sekurang-kurangnya mengutip satu mata.”

Advertisements

“Saya percaya perlawanan berdepan JDT pada esok pastinya akan rancak dengan atmosfera dan suasana di Stadium Sultan Ibrahim. Kami akan beri yang terbaik dan jauh dari lubuk hati kami sememangnya inginkan kemenangan.”

Sarach dalam pada itu menyatakan bahawa kesemua pemain BG Pathum ingin mengambil peluang dan beraksi berdepan JDT bagi mempamerkan kualiti sebenar pasukan. Biarpun bukan mudah, pemain tengah berusia 31 tahun ini tetap optimis untuk pasukannya meraih mata di laman lawan.

Advertisements

“Kami akan bermain dalam persekitaran yang menakjubkan dengan stadium yang miliki kondisi padang terbaik.”

“Semua pemain mahu beraksi dan menunjukkan kualiti pasukan. Seperti yang saya kata, kita memburu tiga mata dan kita akan komited dalam apa jua cara untuk memberi yang terbaik buat pasukan,” ujar Sarach.

Advertisements

JDT bakal berdepan BG Pathum United dalam aksi terakhir saingan Kumpalam I, kempen ACL 2023. Perlawanan tersebut dijadaka dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim pada esok jam 6 petang.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram