Senarai 15 Venue Tayangan Skrin Besar Aksi Vietnam vs Malaysia
MakanBola
KBS MALAYSIA

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) akan menyediakan tayangan skrin besar di 15 lokasi terpilih untuk penyokong bola sepak menonton perlawanan terakhir Kelayakan Piala Asia 2027 iaitu aksi Vietnam vs Malaysia pada Selasa ini.

Tayangan perlawanan di skrin besar ini merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk meningkatkan lagi sokongan rakyat Malaysia kepada Harimau Malaya.

Skuad kebangsaan yang dibimbing Peter Cklamovski bakal berentap dengan Vietnam di Stadium Thieng Truong, Nam Dinh pada 31 Mac ini.

Walau bagaimanapun, Malaysia telah mengesahkan bahawa tidak akan mara ke pusingan akhir Piala Asia 2027 yang dijadualkan berlangsung di Arab Saudi susulan pemotongan mata yang dikenakan akibat isu pemalsuan dokumen melibatkan tujuh pemain warisan.

Berikut senarai lokasi tayangan skrin besar yang disediakan oleh pihak KBS dan JBSN:

1. Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. 2.Dataran MPKj @ Stadium Kajang.
3. Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sembilan, Paroi.
4. Japerun Ayer Limau, Masjid Tanah.
5. Dataran Mahkota TMIYC Pasir Gudang.
6. Dewan Terbuka Ngah Sagor, Parit.
7. Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Kedah, Alor Setar.
8. Padang Kota Lama, George Town.
9. Dataran Sena, Kangar.
10. Kompleks Sukan Air Negeri Terengganu, Pulau Duyong, Kuala Terengganu.
11. Pantai Batu Hitam, Kuantan.
12. AEON Mall, Kota Bharu.
13. Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sabah, Putatan.
14. Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak, Kuching.
15. Gelanggang Futsal Hassan Sani, Kompleks Belia Dan Sukan WP Labuan.

Aksi kali ini lebih menarik kerana beberapa pemain baharu negara berpeluang membuat penampilan pertama dan semula bersama Harimau Malaya.

Antara pemain baharu Malaysia yang berpeluang berbuat demikian ialah penjaga gol muda Melaka, Haziq Aiman dan bintang pertahanan muda JDT, Feroz Baharudin.