Senarai 16 Kelab & Jadual Pusingan Kalah Mati ACLE
MakanBola
AASC/JST

Wakil Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) antara 16 pasukan yang layak ke pusingan kalah mati AFC Champions League Elite (ACLE) 2025-2026.

Saingan liga ACLE bagi Zon Timur dan Barat telah menutup tirianya minggu ini dengan kesemua 24 pasukan terbaik di Asia berjaya melengkapkan 8 perlawanan sejak September lalu.

8 slot ke pusingan kalah mati menjadi rebutan 12 kelab di Zon Timur dan Barat dengan gabungan 16 pasukan akan berentap di rantau masing-masing sebelum layak ke suku akhir ACLE.

Di Zon Barat, tiga pasukan gergasi dari Arab Saudi iaitu Al-Hilal, Al-Ittihad dan juara bertahan ACLE, Al-Ahli menepati ramalan ramai apabila berada dalam kelompok 8 pasukan terbaik.

Al-Wahda dan Shabab Al-Ahli dari UAE bersama dua kelab Qatar iaitu Al-Duhail dan Al Sadd selain wakil tunggal Iran, Tractor melengkapkan 8 pasukan dari Zon Barat untuk ke pusingan 16 ini.

Manakala, Jepun memiliki tiga wakil di pusingan 16 terdiri daripada Vissel Kobe, Sanfrecce Hiroshima dan Machida Zelvia selain dua kelab kebanggaan ASEAN iaitu JDT dan Buriram United.

Wakil tunggal Australia, Melbourne City turut mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati bersama dua pasukan Korea, FC Seoul dan Gangwon yang terpaksa menunggu hingga hari terakhir.

Pusingan 16 terbaik ACLE dijangka akan bermula pada 2 dan 3 Mac depan bagi perlawanan timbal balik pertama sebelum aksi kedua bakal berlangsung seminggu kemudian.

Senarai 16 Pasukan Di Pusingan Kalah Mati

Zon Barat.
1- Al-Hilal.
2- Al-Ahli.
3. Tractor.
4- Al-Ittihad.
5- Al-Wahda.
6- Shabab Al-Ahli.
7- Al-Duhail.
8- Al-Sadd.

Zon Timur.
1- Machida Zelvia.
2- Vissel Kobe.
3- Sanfrecce Hiroshima.
4- Melbourne City.
5- Buriram United.
6- JDT.
7- FC Seoul.
8- Gangwon.