Sentuhan Ajaib Bojan Hodak Pastikan Persib Cabar Kejuaraan Di Indonesia
Asia Tenggara
Persib Bandung
Advertisements

Sentuhan bekas jurulatih KL City FC, Bojan Hodak ke atas Persib Bandung semakin menjadi sejak kebelakangan ini.

Terbaru, Persib melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas Madura United hasil jaringan Nick Kuipers pada minit ke-85.

Ini bukan saja memastikan Persib mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 11 perlawanan.

Advertisements

Malah, ini melonjakkan Pangeran Biru ke tangga kedua Liga 1 dengan 34 mata, satu mata di belakang pendahulu liga Borneo FC.

Daripada 11 perlawanan itu, Persib melakar lapan kemenangan dan tiga keputusan seri.

Tidak hairanlah ramai penyokong Pangeran Biru gembira dengan keputusan pengurusan kelab membawa Hodak sebagai jurulatih pasukan itu.

Advertisements

Begitupun, jurulatih Croatia itu mengingatkan masih ada ruang yang boleh diperbaiki untuk aksi seterusnya menentang Arema pada 8 November ini.

“Tapi mungkin ini hal yang harus diperbaiki untuk laga berikutnya. Tapi pada intinya kami bisa mendapat tiga poin,” katanya di laman sesawang rasmi Persib.

Hodak terus diingati ramai peminat bola sepak Malaysia kerana pernah memenangi Piala Malaysia dan Liga Super bersama Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Kelantan FC dan KL City.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram