Advertisement
Sentuhan Berbisa Indra Putra Tak Ditelan Usia
MFL
MakanBola
Kelantan United

Pemain veteran Kelantan United, Indra Putra Mahayuddin muncul watak penting pasukan dalam kemenangan besar 7-0 ke atas Kelantan di Kota Bharu.

Sentuhan berbisa Indra Putra masih tidak ditelan usia apabila beliau turut mencetak nama selaku penjaring menerusi sepakan percuma untuk gol ketiga pasukan.

Indra Putra turut melakukan 1 bantuan jaringan menerusi sepakan sudut dimana penyerang Ismahil Akinade tenang menanduk masuk bola tersebut.

2 sumbangan beliau membantu Kelantan United menang besar dalam aksi suku akhir pertama Challenge Cup.

Bekas pemain kebangsaan ini masih menjadi pemain penting buat Kelantan United apabila merekodkan 23 penampilan dimana beliau diturunkan sebanyak 17 kali dalam kesebelasan utama untuk kesemua pertandingan musim ini.

Malah Indra Putra juga telah menjaringkan 5 gol bagi musim ini. 3 gol dalam aksi Liga Super, 1 dalam saingan Piala Malaysia dan 1 gol dalam aksi Challenge Cup.

Walaupun kesemua 5 gol tersebut hadir menerusi sepakan percuma (2) dan sepakan penalti (3), ketajaman Indra dihadapan gawang gol lawan membuktikan beliau masih mampu menyumbangkan sesuatu buat Kelantan United.

Kini mencecah usia 42 tahun, Indra Putra adalah antara pemain paling tua yang masih beraksi di liga Malaysia selain Rames Lai (Kuching City) dan Amri Yahyah (Sabah).