Sentuhan Halimunan Quentin Cheng
Liga Super
YouTube / Official Penang FC
Advertisements

Ubi muda Harimau Malaya yang beraksi di posisi bek kanan, Quentin Cheng Jiun-ho sudah mula menunjukkan kualitinya sebagai salah seorang bek kanan masa hadapan negara apabila cemerlang dalam beberapa aksi perlawanan persahabatan bersama pasukan yang diwakilinya iaitu Penang Fc.

Baru-baru ini, tumpuan mula terarah kepada pemain kacukan Australia-Malaysia yang dipinjamkan oleh pasukan Selangor ini apabila cemerlang membantu pasukan kendalian Thomas Trucha mengatasi Kelantan United di Stadium Sultan Muhammad Iv dengan jaringan 2-1.

Dalam perlawanan tersebut, pemain berusia 21 tahun ini berjaya menjaringkan satu gol pada minit ke-62 sekaligus menjadi gol kemenangan kepada pasukan pelawat apabila rakan sepasukannya, Azwan Aripin meletakkan pasukan itu di depan pada minit ke-56.

Advertisements

Azwan dan Quentin melaksanakan peranan sebagai ‘wing-back’ dalam percaturan jurulatihnya yang bermain dengan 3 pertahanan tengah kelihatan amat signifikan dengan kejayaan pasukan itu apabila kedua-dua pemain ini menjadi watak penting untuk meraih kemenangan dalam perlawanan tersebut.

Quentin dilihat amat sibuk dalam perlawanan ini dengan membantu bahagian hadapan melancarkan serangan bertali arus ke arah gawang pasukan Kelantan United yang dilihat sedikit gugup walaupun beraksi di laman sendiri.

Selain itu, beliau juga tidak meninggalkan tugas utamanya untuk memastikan kubu pasukan Penang tidak ditembusi apabila kebal untuk mengekang serangan balas yang sering dilakukan oleh pasukan tuan rumah.

Advertisements

Gol Quentin Cheng hadir apabila kealpaan benteng pertahanan Kelantan United dihukum dengan larian pantas pemain penyerang pasukan lawan yang berjaya melapasi kawalan lalu membuat larian terus sebelum menghantar bola kepada Quentin yang membuat satu tolakan mudah melepasi kawalan penjaga gol lawan.

Akhirnya, Penang berjaya pulang dengan kemenangan berharga dalam memastikan persediaan pasukan tersebut berjalan lancar tatkala saingan Liga Super yang bakal disambung tidak lama lagi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram