Selangor FC berdepan kemungkinan tidak dapat memanfaatkan sentuhan penolong jurulatih dari Sepanyol, Ramon Marcote.
Ini selepas wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam menyatakan bahawa Marcote tidak lagi bersama Merah Kuning untuk musim depan.
Sekiranya khabar ini benar, ini sedikit sebanyak merencatkan perancangan jurulatih The Red Giants, Tan Cheng Hoe untuk musim 2024-2025.
Ini kerana Marcote merupakan orang kanan yang dipercayai Cheng Hoe sebagai penolong jurulatih di Kedah FA (kini Kedah Darul Aman FC (KDA FC)) dari 2014 hingga 2015.
Gandingan mereka membantu Selangor layak ke Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) selepas meraih gelaran naib juara Liga Super musim 2023.
Seandainya Cheng Hoe memilih untuk tidak mengisi kekosongan yang ditinggalkan jurulatih Sepanyol itu, Nidzam Jamil bakal menggalas lebih banyak tanggungjawab sebagai penolong jurulatih pada musim hadapan.
Selain Kedah dan Selangor, Marcote pernah menjadi jurulatih bersama Atletico Madrid, Alcorcon, Montaneros dan Al-Hilal.
Jurulatih berusia 46 tahun itu turut berpeluang menjadi pengurus buat kali pertama di kelab Cyprus, Ethnikos Achnas pada tahun 2022.