Advertisement
Seorang Bintang Ternama Liga Super Bakal Digantung?
Liga Super
MakanBola

Khabar mengejutkan buat kancah bola sepak tempatan apabila seorang bintang ternama Liga Super dikatakan bakal digantung perlawanan.

Desas-desus mula bertiup kencang apabila pemain ini difahamkan telah melakukan kesalahan yang menyebabkan khidmat beliau tidak dapat digunakan oleh pasukan.

Menerusi satu laporan oleh wartawan TV3, Syakirah Zulkifly, tonggak utama yang beraksi buat pasukan Liga Super ini berdepan hukuman berat.

Sungguhpun tidak menamakan pasukan tersebut, beliau memberi bayangan bahawa kelab yang dimaksudkan kini dalam landasan terbaik untuk ke pentas Asia pada tahun 2024.

Tonggak utama kelab berkenaan dikatakan akan mengalami penggantungan selama sebulan sekaligus menyaksikan beliau akan terlepas baki aksi Liga Super musim ini.

Hukuman ini juga dikaitkan dengan tindakan luar kawalan pemain ini dalam satu perlawanan sebelum ini sehingga tindakan tatatertib terpaksa diambil.

Perkara ini sekaligus bakal memberi tamparan yang cukup hebat kepada pasukan yang diwakilinya untuk terus bersaing di Liga Super musim ini.