Seorang Jurulatih Liga Malaysia Lunyai Dibelasah?
Liga Super
Freepik
Advertisements

Khabar duka menyelubungi arena bola sepak Liga Malaysia apabila dikhabarkan terdapat seorang jurulatih yang menjadi mangsa belasahan dalam satu aksi baru-baru ini.

Menerusi satu laporan oleh Harian Metro, individu itu merupakan penolong jurulatih berusia 46 tahun yang berkhidmat buat sebuah pasukan gergasi Liga Super.

Menurut laporan, kejadian itu dipercayai berlaku ketika Piala FA dengan jurulatih tersebut dipukul sebaik tamat perlawanan yang membabitkan dua gergasi bola sepak tanah air.

Advertisements

Kejadian itu bagaimanapun berjaya dileraikan oleh pegawai pasukan yang berada di lokasi kejadian. 

Individu yang difahamkan memukul mangsa itu juga merupakan seorang undividu yang terlibat dalam bola sepak juga.

Advertisements

Beliau merupakan bekas pemain sebuah pasukan yang pernah berpangkalan di Pantai Timur dan Selatan tanah air selain enam kali mewakili skuad kebangsaan.

“Penolong jurulatih berbangsa asing itu telah dipukul kerana terdapat salah faham membabitkan kedua-dua individu itu. Insiden tersebut bagaimanapun tidak dihebohkan kepada umum.”

Advertisements

“Penolong jurulatih itu difahamkan sudah membuat aduan kepada pihak berkaitan untuk tindakan lanjut. Setakat ini, tiada kecederaan serius dialami beliau,” katanya, ketika dihubungi Arena Metro.

Penolong jurulatih yang kuga pernah berkhidmat dengan beberapa pasukan Liga Super sudah menghantar aduan kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) bagi tindakan selanjutnya.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram