Seorang Lagi Pemain Liga Malaysia Bakal Ke Indonesia
Transfer
Penang FC
Advertisements

Seorang pemain import yang beraksi di Liga Malaysia bakal berhijrah ke Indonesia.

Menurut perkongsian daripada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi melaporkan tonggak tengah pasukan Penang, Ousmane Fane akan meninggalkan skuad Harimau Kumbang dan menyertai sebuh kelab yang berpangkalan di Indonesia.

Biarpun belum ada kenyataan rasmi daripada mana-mana pihak, pemain berusia 29 tahun ini dikatakan bakal sertai pasukan di Liga 1 Indonesia iaitu Bhayangkara FC.

Advertisements

Beberapa media di Indonesia juga melaporkan kedatangan Ousmane yang akan memperkuat Bhayangkara musim depan. Beliau akan menggantikan posisi yang ditinggalkan pemain import dari Australia, George Blackwood.

https://twitter.com/fadhiruls/status/1730208262547730687?s=46&t=HGEzW3G-yPq7epcyuMVIEg

Untuk rekod, Ousmane telah membuat sebanyak 17 penampilan bersama Penang dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

Advertisements

Aksi bertemu Sri Pahang pada Sabtu lalu merupakan penampilan terakhir pemain asal Perancis ini bersama skuad Penang. Penang berjaya mencatat kemenangan bergaya, mengatasi Sri Pahang, dengan keputusan 3-2.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram