Perlawanan persahabatan hari ini menyaksikan pertembungan diantara Sepanyol menentang Northern Ireland yang berakhir dengan keputusan 5-1.
Perlawanan bermula rancak seawal 2 minit permainan Northern Ireland membuka jaringan menerusi pemain pertahanan Daniel Ballard.
Pada minit ke-10 permainan, pemain tengah Sepanyol, Pedri berjaya menyamakan kedudukan menerusi rembatan deras dari luar kotak.
Selang dua minit bermain, Morata menghadiahkan gol kedua menerusi tandukan deras selepas menerima hantaran lintang daripada pemain sayap, Jesus Navas.
Pada minit ke-29 permainan, Sepanyol menggandakan jaringan menerusi Pedri sekali lagi kali ini mudah menyempurnakan hantaran Nico Williams.
Sepanyol terus mengganas pada minit ke-35 permainan, giliran Fabian Ruiz mencatat nama sebagai penjaring keempat pasukan selepas mudah menerima hantaran daripada Lamine Yamal.
Separuh masa pertama, Sepanyol 4-1 Northern Ireland
Bersambung babak kedua, minit ke-60 Sepanyol menghukum Northern Ireland menerusi pemain gantian Morata, Oyarzabal yang menjaringkan gol kelima pasukan.
Northern Ireland terus kempunan gol sehingga wisel penamat. Keputusan kekal Sepanyol 5-1 Northern Ireland.
Sepanyol akan memulakan kempen Euro 2024 menentang Croatia pada 16 Jun ini, jam 12 pagi.