Sergio Aguero Akan Lakukan Apa Sahaja Untuk Terpilih Ke Qatar
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Pemain naturalisasi baharu Harimau Malaya, Sergio Aguero berazam untuk mempersembahkan apa yang beliau miliki dalam saingan Liga Malaysia agar terpilih untuk ke Piala Asia 2023 di Qatar yang dijadualkan berlangsung awal tahun hadapan.

Pemain serangan Sri Pahang itu mengakui bermain di Piala Asia merupakan salah satu impiannya dan menganggap jurang di antara pasukan Malaysia dan tiga lagi negara dalam kumpulan E iaitu Korea Selatan, Jordan dan Bahrain tidaklah terlalu besar.

“Saya berharap dapat lakukan yang terbaik dan saya akan berikan apa yang saya ada untuk terpilih sekali lagi mewakili pasukan kebangsaan Malaysia. Pada saya, beraksi di Piala Asia adalah satu impian dan mewakili Malaysia juga impian buat saya.

Advertisements

“Saya tak rasa perbezaan ketara di antara pasukan Malaysia dengan pasukan lain. Jika dibandingkan Malaysia dengan Brazil, Argentina dan Belgium mungkin ada perbezaan besar namun pasukan lain tidak kerana kita mempunyai pemain-pemain yang baik dan mempu memberi cabaran kepada pasukan lain,” luah Sergio Aguero seperti yang dilaporkan Karl Nunis untuk Astro Arena.

Dalam saingan yang akan bermula 12 Januari tahun hadapan, Malaysia akan turun bertemu Jordan pada aksi pertama sebelum bertemu Bahrain dan Korea Selatan. Dua kedudukan teratas kumpulan akan mara ke pusingan kedua.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram