Sergio Aguero Bakal Sertai Persija Jakarta?
Transfer
Sri Pahang FC
Advertisements

Pemain tengah naturalisasi negara, Sergio Aguero dikhabarkan bakal mengucapkan selamat tinggal kepada Sri Pahang FC.

Ini selepas wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam mendedahkan kelab Liga 1 Indonesia, Persija Jakarta berminat mendapatkan khidmat pemain berdarah Argentina itu.

Persija yang dibimbing jurulatih Jerman, Thomas Doll dilihat mahu menambahbaik pencapaian pasukan menjelang tetingkap perpindahan kedua bermula 1 November ini.

Advertisements

Kelab yang diberi jolokan Macan Kemayoran itu masih memiliki slot kosong untuk kuota enam pemain import.

Ini disebabkan Persija hanya mendaftarkan lima pemain import iaitu Ryo Matsumura, Marko Simic, Ondrej Kudela, Maciej Gajos dan Oliver Bias.

Sekiranya perpindahan ini menjadi kenyataan, Aguero bakal menjadi pemain Malaysia kedua beraksi di Liga 1 Indonesia selepas Junior Eldstal. Junior ketika ini beraksi untuk kelab Dewa United.

Advertisements

Selain Persija, sebuah kelab yang berpangkalan di Lembah Klang juga berminat mendapatkan Aguero menjelang Liga Malaysia (Liga M) musim hadapan.

Pemain tengah menyerang Tok Gajah itu merekodkan 16 penampilan dalam semua kejohanan dan menyumbat empat gol.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram