Sergio Aguero Kejar Impian Jadi Jurulatih
Liga Super
@aguero.sergio16
Advertisements

Bagi sesetengah pemain bola sepak, impian bergelar jurulatih dilihat kesinambungan cinta mereka kepada dunia sukan itu. Dan impian sama ini juga yang dikejar kapten dan penyerang Sri Pahang, Sergio Aguero.

Aguero melihat dengan usianya kini mencecah 29 tahun, sudah tiba masanya untuk dia bersedia dengan perancangan masa depan pasca-pemain. Atas sebab itu, bekas penyerang Melaka United itu mengejar impian sebagai jurulatih dengan menyertai pengajian jarak jauh Campus Virtual ATFA baru-baru ini.

Campus Virtual ATFA menjadi pilihan Aguero kerana ia bertanggungjawab melahirkan ramai jurulatih dari Amerika Selatan termasuk yang bergelar bekas pemain. Antara alumni program tersebut ialah duo bekas pemain Manchester United, Diego Forlan dan Gabriel Heinze.

Advertisements

“Jangan berhenti belajar, jangan berhenti bermimpi dan jangan berhenti membesar. Saya gembira untuk memberitahu anda bahawa saya sedang belajar menjadi jurulatih di @atfacva.

“Saya menghargai peluang untuk belajar di tempat sama jurulatih-jurulatih hebat Amerika Selatan pernah melakukan perkara sama. Saya boleh mengambil kursus dari rumah dan mendapatkan lesen yang membenarkan saya bekerja di mana-mana di dunia,” katanya dalam satu hantaran di Instagram.

Di ruang komen, ramai pengguna media sosial memberi kata-kata semangat kepada bekas penyerang Perak itu untuk berjaya merealisasikan impiannya. Ini termasuk bos lama Aguero di Sri Pahang pada musim lepas, Christophe Gamel.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram