Sergio Aguero Mahu Pastikan Kim Pan-gon Bawanya Ke Piala Asia
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Kapten Sri Pahang FC, Sergio Aguero mahu memastikan namanya tersenarai dalam skuad Harimau Malaya yang bakal beraksi dalam Piala Asia 2023.

Selepas membuat penampilan bersama skuad senior Malaysia dalam Piala AFF 2022, pemain naturalisasi negara itu terlepas panggilan skuad kebangsaan susulan masalah kecederaan.

Kini, selepas kembali cergas dan menunjukkan prestasi bagus bersama Tok Gajah, Aguero berharap dapat memikat hati jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon dan membarisi kesebelasan utama.

Advertisements

“Saya terlepas perlawanan sebelum ini akibat kecederaan. Tapi syukur kepada Tuhan, saya sudah kembali berlatih secara normal bersama pasukan.

“Saya mahu tunjukkan kepada jurulatih (Kim Pan-gon) bahawa saya sudah bersedia mewakili pasukan kebangsaan,” katanya kepada MakanBola hari ini.

Aguero sudah merekodkan 12 penampilan dalam Liga Malaysia (Liga M) musim ini. Dalam tempoh tersebut, beliau sudah mencipta empat gol dan empat bantuan gol.

Advertisements

Pemain berdarah Argentina itu merupakan sebahagian daripada 25 pemain yang dipilih untuk aksi persahabatan menentang Syria dan China. Dua aksi tersebut akan diadakan di Chengdu, China pada 6 dan 9 September ini.

Dua perlawanan ini merupakan sebahagian daripada persiapan skuad negara menghadapi Piala Asia 2023 pada awal tahun hadapan dan pusingan kelayakan Piala Dunia 2026 pada November ini. Malaysia diletakkan dalam Kumpulan E bersama Jordan, Bahrain dan Korea Selatan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram