Sergio Aguero: Malaysia Pamer Kemajuan Mendadak
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Pemain kebangsaan Malaysia, Sergio Aguero melihat skuad Harimau Malaya kini mempamerkan kemajuan mendadak setiap tahun.

Aguero berpendapat skuad Malaysia kini lebih bagus dan mempunyai peningkatan berbanding tahun sebelumnya setelah beliau kembali menyarung jersi Malaysia ekoran baru pulih daripada kecederaan.

“Saya rasa pasukan Malaysia telah mempamerkan kemajuan yang mendadak setiap tahun.” ujar Aguero.

Advertisements

Aguero turut mahu memberikan yang terbaik buat pasukan Malaysia dalam aksi persahabatan menentang Syria dan China setelah kembali meraih kepercayaan Kim Pan-gon.

Menurut Aguero, beliau juga yakin dengan kemampuan Malaysia yang kini memiliki pemain yang berkualiti dan barisan kejurulatihan yang hebat.

Sepanjang menyarung jersi Harimau Malaya, Sergio Aguero berjaya menjaringkan 2 gol dalam 6 penampilan dan bersama Sri Pahang, Aguero telah menyumbang 4 gol dan 4 bantuan jaringan dalam 13 penampilan bagi musim 2023.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram