Sergio Aguero Zahir Tanda Cintakan Malaysia, Gigih Belajar Bahasa Melayu
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Pemain naturalisasi kebangsaan, Sergio Aguero terus menzahirkan rasa tanda cintanya terhadap negara.

Dalam perkongsian Aguero di laman IG Story miliknya, beliau dilihat begitu teruja mempelajari bahasa ibunda. Antara intipati yang dipelajari Aguero ialah kata ganti nama diri, ucapan sejahtera dan beberapa istilah penggunaan kata seharian.

Sejak mendapat kerakyatan Malaysia pada September tahun lalu, Aguero semakin aktif mengenali serta mempelajari budaya di Malaysia.

Advertisements

Beliau juga sebelum ini telah menunaikan tanggungjawab, turun mengundi di Parlimen Indera Mahkota dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semambu ketika Pilihan Raya Umum (PRU) 15 November lalu.

Setakat enam penampilan bersama kem Harimau Malaya, Aguero telah mencatat dua jaringan.

Bersama pasukan Sri Pahang, pemain berusia 29 tahun itu akan memulakan kempen Piala Malaysia berdepan Harini FT pada Jumaat kelak. Aksi pertama bagi kedua-dua pasukan dalam saingan Piala Malaysia ini dijadualkan berlangsung di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi jam 9 malam.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram