Sergio Ramos Sah Tinggalkan PSG
Ligue 1
@sergioramos
Advertisements

Selepas Lionel Messi sah meninggalkan Paris Saint-Germain (PSG) selepas perlawanan terakhir Ligue 1 menentang Clermont Foot, seorang lagi bintang legenda bakal menyusuli jejak langkahnya. Bintang yang dimaksudkan ialah bek tengah veteran Sepanyol, Sergio Ramos.

Menurut wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano, bekas pemenang Piala Dunia 2010 itu memilih untuk tidak memeterai kontrak baru bersama Les Parisiens. Susulan keputusannya itu, Ramos bakal menjadi ejen bebas dan bebas memilih kelab baru.

Hal sama turut diungkapkan sendiri bekas kapten Real Madrid itu dalam satu catatan di akaun media sosialnya beberapa jam lepas.

Advertisements

“Esok (hari ini) merupakan hari istimewa, esok saya akan ucapkan selamat tinggal kepada satu lagi fasa kehidupan saya, selamat tinggal PSG.

“Saya tak tahu berapa banyak tempat seseorang merasakan berada seperti di rumah, tetapi tanpa keraguan PSG, para penyokong dan Paris merupakan salah satu daripadanya untuk saya.

“Terima kasih untuk dua tahun yang istimewa di mana saya dapat bermain dalam setiap kejohanan dan memberikan yang terbaik. Saya akan berhadapan cabaran baru, saya akan menyarung (jersi) warna berbeza tetapi untuk pertama dan terakhir kalinya, #AllezParis!” tulisnya di Instagram.

Advertisements

Menyertai kelab pada 2021, Ramos mencipta 57 penampilan bersama PSG dalam tempoh dua musim. Sepanjang tempoh tersebut, bek tengah berusia 37 tahun itu menjulang gelaran Ligue 1 sebanyak dua kali.

Difahamkan semasa Ramos masih mengadakan perbincangan kontrak baru dengan PSG, beberapa kelab Saudi Pro League menunjukkan minat mendapatkan khidmatnya.

Sekiranya itu menjadi realiti, Ramos bakal menyertai rakan sepasukan lamanya dari Real Madrid, Cristiano Ronaldo yang beraksi dengan Al-Nassr. Bagaimanapun, menurut Romano, bekas bek tengah Sevilla itu mahu menilai semua pilihan yang ada sebelum membuat keputusan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram