Advertisement
Seri Dengan JDT, Rupa-rupanya Kawasaki Frontale Catat Rekod Terburuk Sejak 2017
Asia
MakanBola
AFC

Walaupun berjaya mengikat Johor Darul Ta’zim (JDT) namun sebenarnya statistik menunjukkan bahawa Kawasaki melalui perlawanan terburuk mereka sejak 2017.

Beraksi di hadapan ribuan penyokong JDT, Kawasaki dilihat sedikit kekok dengan memperlihatkan penyerang berbisa mereka, Leandro Damiao dirantai pergerakannya dengan sangat rapi.

Mengapa perlawanan menentang JDT ini dilihat sebagai perlawanan terburuk Kawasaki Frontale? Jawapannya adalah sejak jurulatih mereka, Toru Oniki memegang jawatan sebagai jurulatih pada tahun 2017, ini merupakan perlawanan pertama yang menyaksikan para pemain mereka gagal merembat tepat ke arah gol lawan.

Image
Statistik Kawasaki memperlihatkan tiada ‘shot on target’. Kredit gambar : AFC

Perkara ini dikongsikan oleh satu laman twitter dari Jepun, Optajiro. Untuk pengetahuan semua, Optajiro merupakan satu laman twitter yang sering berkongsi mengenai statistik yang terhasil dari perlawanan melibatkan pasukan dari negara Jepun.

Benteng pertahanan JDT yang kebal juga memainkan peranan untuk menghalang setiap siri serangan dari Kawasaki. Dalam perlawanan ini Shane Lowry sekali lagi menjadi nadi utama pertahanan JDT selain memperlihatkan Leandro Damiao kebuntuan dikawal Shahrul Saad.