Shahrel Fikri Kembali Jalani Latihan, Perubahan Fizikal Persis Leon Goretzka Raih Perhatian Ramai
Dunia
Advertisements

Penyerang Selangor FC, Shahrel Fikri kini telah pulih daripada kecederaan retak tulang fibula yang dialaminya ketika perlawanan menentang Sri Pahang awal Mei lalu. Kecederaan serius itu turut menyebabkan Shahrel Fikri terlepas peluang menyarung jersi kebangsaan bagi Kelayakan Piala Dunia 2022 pada Jun lalu.

Pemain berusia 26 tahun ini bagaimanapun mengejutkan peminat bola sepak tempatan apabila perubahan fizikalnya yang dilihat semakin berotot ketika kembali menjalani sesi latihan bersama pasukan Selangor.

Perubahan fizikal Shahrel Fikri yang ketara setelah terpaksa berehat hampir 3 bulan ekoran menjalani rawatan dan pemulihan itu nyata mendapat reaksi positif daripada peminat bola sepak. Fizikal yang tegap dan berotot ini pasti memberikan kelebihan kepada Shahrel diatas padang terutama apabila melibatkan body challenge.

Advertisements

Tidak keterlaluan jika menyamakan perubahan badan Shahrel Fikri dengan bintang Bayern Munich, Leon Goretzka apabila kedua-dua pemain ini berjaya memantapkan lagi fizikal mereka agar dapat memberikan aksi yang terbaik diatas padang.

Shahrel Fikri kini berjaya menjaringkan 1 gol dan 2 assist dalam 10 penampilan Liga Super 2021 bersama Selangor.

Shahrel perlu kembali membuktikan kualiti yang ada pada dirinya bagi merebut posisi penyerang negara selepas posisi tersebut diisi oleh De Paula ketika aksi Kelayakan Piala Dunia 2022 Jun lalu.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram