Shahrom Kalam: Pengadil Lebih Dilindungi Kerana VAR
Liga Super
Astro Arena
Advertisements

Bekas pemain pertahanan kebangsaan, Shahrom Kalam menyifatkan sistem bantuan video pengadil (VAR) amat membantu pengadil menjelang saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/25.

Beliau berpandangan demikian selepas melihat sistem tersebut digunakan dalam perlawanan Piala Menteri Wilayah Persekutuan 2024 membabitkan KL City FC dan Negeri Sembilan FC semalam.

Perlawanan tersebut merupakan sebahagian daripada lapan perlawanan pra-musim yang digunakan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) untuk menguji keberkesanan sistem VAR sebelum musim 2024/25 bermula.

Advertisements

Perlawanan semalam menyaksikan beberapa insiden dikesan oleh VAR. Antaranya, insiden penalti KL City pada babak pertama dan insiden kad merah membabitkan Brendan Gan.

Shahrom menyifatkan sebelum ini, pengadil hanya dapat fokus kepada insiden yang dapat dilihat di atas padang sebelum membuat keputusan.

Sebaliknya dengan VAR, beliau percaya pengadil merasa dilindungi kerana dapat mengetahui insiden-insiden yang tidak disedari berlaku di atas padang. Hal ini membantu pengadil membuat keputusan yang lebih bijak semasa perlawanan.

Advertisements

“Saya rasa pengadil lebih dilindungi disebabkan kita boleh melihat keputusannya lebih bijak. Ada ulang tayang video untuk perkara macam itu (insiden di atas padang).

“Tapi untuk perlawanan malam ini, ada banyak insiden yang kita patut belajar dan kelebihan VAR. Itu sebenarnya kelebihan perlawanan malam ini,” katanya dalam analisis pasca-perlawanan di Astro Arena semalam.

KL City menjulang trofi Piala Menteri Wilayah Persekutuan 2024 selepas menewaskan Negeri Sembilan 2-1 semalam.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram