Shahrom Kalam Sifatkan Tan Cheng Hoe Jurulatih Luar Biasa
Dunia
Selangor
Advertisements

Penganalisis bola sepak, Shahrom Kalam menyifatkan pengendali Selangor, Tan Cheng Hoe sebagai jurulatih yang luar biasa kerana berjaya membawa pasukan Selangor mara ke perlawanan akhir kempen TM Piala Malaysia musim 2022.

Bekas pemain kebangsaan itu telah memilih dua pasukan musim ini yang telah berjaya memenuhi sasaran cemerlang daripada jangkaan awal antaranya adalah Selangor FC.

Beliau akui walaupun pasukan Red Giant hampir mengalami kegagalan hingga ke pertengahan musim susulan masalah-masalah tertentu, Tan Cheng Hoe jurulatih berpengalaman hadir memberikan satu kelainan sekaligus membawa rekod sembilan perlawanan tanpa kalah.

Advertisements

“Kita tahu Selangor telah mengalami kegagalan sehingga ke pertengahan musim tetapi dengan mengekalkan pemain yang sama, Tan Cheng Hoe berjaya memberikan satu keputusan di luar jangkaan peminat-peminat,” jelasnya.

“Sembilan perlawanan tidak kalah dan berjaya mara ke perlawanan akhir TM Piala Malaysia, bagi saya itu sesuatu yang luar biasa dan sukar untuk dibuat oleh mana-mana jurulatih,” katanya kepada MFL.

Cheng Hoe yang terpaksa akur apabila pasukannya tewas dengan keputusan 2-1 di tangan Johor Darul Ta’zim di final baru-baru ini dilihat turut berpuas hati kerana dapat membuka tirai pertama menerusi jaringan penalti Caion pada minit ke-45.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram