Dunia
Terengganu FC
Advertisements

Pemain pertahanan tengah Terengganu FC, Shahrul Nizam Ros Hani telah gagal melapor diri bersama skuad kebangsaan bagi menghadapi perlawanan persahabatan menentang Jordan dan Uzbekistan. Ini menyebabkan skuad kebangsaan terbang dengan berbekalkan 3 pemain tengah sahaja setelah Shahrul Nizam gagal melapor diri dan Sharul Nazeem pula mengalami kecederaan.

Setelah diselidiki, rupa-rupanya pemain pertahanan ini turun ke laut dan gagal dihubungi kerana tiada liputan panggilan. Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia merangkap pengurus skuad kebangsaan, Dauk Mohd Yusof Mahadi telah dimaklumkan oleh pengurus Terengganu FC, Zulfadli Rozi tentang status Shahrul Nizam yang gagal dihubungi menurut Sinar Harian.

srul Shahrul Nizam Turun Ke Laut, Tak Sedar Terima Panggilan Skuad Kebangsaan
Aksi Shahrul Nizam menentang Selangor FC tempoh hari

Malah Shahrul Nizam turut terkejut apabila beliau mendapat tahu tentang panggilan antarabangsa tersebut. Namun Mohd Yusof tidak menolak kemungkinan penyenaraian Shahrul Nizam pada saat akhir bagi menggantikan pemain seperti Dion Cools dan Syahmi Safari menyebabkan Shahrul Nizam tidak menyedari perkara ini.

Advertisements

Skuad kebangsaan Malaysia ketika ini hanya mempunyai Aidil Zafuan, Dominic Tan serta Irfan Zakaria selaku pemain tengah tulen bagi perlawanan persahabatan di Amman, Jordan.

“Sepanjang saya jadi pengurus, tak pernah berlaku lagi pemain tidak datang untuk panggilan skuad kebangsaan. Tetapi saya dihubungi pengurus TFC sebenarnya pemain ini turun ke laut” kata Mohd Yusoff ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur awal pagi tadi.

Berita berkenaan Shahrul Nizam yang gagal melapor diri telah meraih perhatian peminat bola sepak tempatan setelah Tan Cheng Hoe memaklumkan pemain tersebut tidak dapat dihubungi. Setelah menerima penjelasan, ianya ekoran pemain ini turut ke laut.

Advertisements

Perlawanan Piala Malaysia antara Terengganu FC dan Selangor FC berlangsung pada hari Rabu manakala Shahrul Nizam menerima panggilan antarabangsa pada hari Khamis dan perlu melapor diri pada Jumaat keesokan hari. Tempoh masa yang singkat serta kegagalan dihubungi menjadi faktor utama pemain ini terlepas aksi pertama bersama skuad kebangsaan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram