Shahrul Saad Kembali Buka Mata Kim Pan-gon
Harimau Malaya
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pemain pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Shahrul Saad kembali membuka mata ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon selepas pemain berusia 30 tahun itu meledak.

Dalam aksi separuh akhir Piala Malaysia 2023 melibatkan JDT dan Perak, pasukan Harimau Selatan mencatat kemenangan bergaya, 4-1 di Stadium Ipoh.

Dimasukkan sebagai pemain gantian, Shahrul membalas kepercayaan yang diberikan dengan mempamerkan persembahan memukau membantu skuad kendalian Esteban Solari menggandakan jaringan.

Advertisements

Pada minit ke-71 permainan, Shahrul telah memanfaatkan hantaran sepakan penjuru daripada Kunimoto. Tandukan tepat Shahrul terus ke gawang Perak sekaligus menewaskan penjaga gol The Bos Gaurus, Farhan Majid untuk gol ketiga buat JDT.

Pada musim ini, pemain yang mesra disapa Badak ini telah membuat 13 penampilan bersama JDT di Liga Malaysia dengan menjaringkan dua gol dan mencatat 1 bantuan jaringan. Shahrul dan JDT juga hanya dibolosi sebanyak tujuh kali dalam aksi Liga Super 2023.

Bersama kem kebangsaan, Shahrul tidak dipanggil menyertai pasukan di kejohanan Pestabola Merdeka ekoran kecederaan yang dialaminya. Ketiadaan Shahrul tampak merisaukan kubu pertahanan negara apabila Malaysia telah bolos sebanyak empat kali baru-baru ini.

Advertisements

Aksi bertenaga pertahanan kental ini semestinya bakal mendapat perhatian ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon yang sedang dalam perancangan mengukuhkan jentera pertahanan Malaysia menjelang aksi di pentas Piala Asia 2024 yang berlangsung di Qatar.

Malaysia bakal berdepan Kyrgystan dan Chinese Taipei di pusingan kelayakan Piala Dunia 2026 sebelum beraksi dalam perlawanan pertama di Piala Asia berdepan Jordan pada 16 Januari 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram