Shahrul Saad: Malaysia Panggil Pemain Yang Menyerlah Dalam Liga
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Bukan satu rahsia ramai pemain Malaysia yang dipanggil Kim Pan-gon sedang menyerlah dalam Liga Super ketika ini. Bagi bek tengah Johor Darul Ta’zim (JDT) FC, Shahrul Saad, ini satu berita baik kerana mereka pastinya mahu menterjemahkan prestasi berkenaan dalam aksi Harimau Malaya.

Dengan prestasi sebegini, ia pastinya menjanjikan saingan sengit di setiap posisi skuad kebangsaan. Tetapi bagi Shahrul, setiap pemain mempunyai kelebihan masing-masing dengan mereka boleh saja menawarkan nilai tambah kepada pasukan.

“Saya rasa kali ini satu persaingan yang bagus untuk semua pemain. Mereka perform di liga jadi bila dipanggil Coach Kim (Pan-gon) untuk pasukan kebangsaan, saya rasa semua pemain ada kelebihan masing-masing untuk memperkuat lagi pasukan kebangsaan.

Advertisements

“Kita datang sini bukan untuk bermain mana-mana pasukan, kita bermain untuk pasukan kebangsaan. Jadi, itulah yang kita akan bawa dalam kem kali ini.

“Dan seterusnya yang paling penting, kami berikan yang terbaik untuk dua kali bermain di Terengganu kalau diberi peluang oleh coach.

“Kita menunggu peluang dan jika saya dapat bermain, Insya Allah saya akan bermain yang terbaik dan mendapatkan kemenanganlah yang paling penting,” katanya kepada media selepas sesi latihan semalam.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram